Sunday, August 30, 2009

9W6LEE

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia, saya adalah seorang pengguna Radio Amatur yang berlesen (9W6LEE).
Saya mula mengguna radio amatur sejak tahun 1997 lagi, pada masa itu saya masih sebagai pengguna SWL. Saya telah lulus peperiksaan radio amatur dari MCMC pada tahun 2005.
Saya telah menyertai Borneo Amatuer Radio Club (BARC), Sabah Amateur Radio Club (SARC) dan Sabah Scout Amatuer Club (PM6BPC).
Selama saya mengguna radio amatur ini, saya telah menyertai banyak aktiviti yang telah dianjurkan oleh kelab amatur radio seperti JOTA yang dianjurkan oleh Persatuan Pengakap, IOTA yang dianjurkan oleh BARC di Pulau Sebatik dan banyak lagi...
Tujuan saya wujudkan Blog ini adalah ingin berkongsi pengalaman dan bertukar pendapat dengan breaker-breaker seluruh dunia.